Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM)|BILAKAH tarikh semakan keputusan rayuan UPU sesi 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat pemohon lepasan SPM yang telah membuat permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA/UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA ambilan tahun 2024/2025. Untuk makluman anda, semakan keputusan rayuan UPU 2024 bagi Lepasan SPM boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 6 Ogos 2024 (Hari Selasa) jam 12:00 tengahari hingga 15 Ogos 2024 menerusi Portal Rasmi UPUOnline. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024/2025 Online Lepasan SPM buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Sedia maklum, pengesahan setuju atau tolak tawaran pula akan bermula pada 7 Ogos 2024 sehingga 15 Ogos 2024 di laman web IPTA. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA atau ILKA tidak akan dibenarkan.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan keputusan rayuan UPU 2024 Lepasan SPM secara online dan Aplikasi UPUPocket:

Tarikh Rasmi Keputusan Rayuan UPU 2024 Diumumkan

◾Tarikh Semakan: 6 Ogos 2024 (Jam 12:00 tengahari) - 15 Ogos 2024 (Jam 5:00 petang)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://upu.mohe.gov.my/

Cara Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024/2025

A. Semakan Secara Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UPU secara online menerusi pautan di https://upu.mohe.gov.my/.

2. Bagi yang menghadapi kesulitan melayari pautan Rasmi UPUOnline, anda juga boleh layari pautan seperti dibawah:-


3. Masukkan No Kad Pengenalan yang didaftarkan dan klik pada butang "Semak".

4. Keputusan tawaran kemasukan UPUOnline akan dipaparkan di screen anda.

5. Pemohon yang berjaya membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Portal Rasmi IPTA pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula 7 Ogos 2024 sehingga 15 Ogos 2024.

6. Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Info Penting:
*Sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan

B. Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket

- Bagi yang ingin membuat semakan keputusan UPU melalui aplikasi UPUPocket, anda boleh muat turun menerusi Google Play bagi Android dan App Store bagi iOS dan boleh muat turun melalui https://www.upu.mohe.gov.my.

Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline, sila rujuk maklumat dibawah:

🔴 Hotline UPU: 03-86842363
🔴 Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
🔴 E-mel: upu@mohe.gov.my
🔴 UPUChat: https://upuchat.org/

Selamat membuat Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPU!

No comments

Powered by Blogger.