Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2024 Online

Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2024 Online|PANDUAN buat para huffaz yang ingin menceburi bidang TVET di Program TVET Tahfiz di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ambilan Oktober 2024. Untuk makluman anda, permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 15 September 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2024 Online

Sedia maklum, Program TVET Tahfiz merupakan program kemahiran yang ditawarkan kepada para huffaz di institusi di bawah MARA sama ada di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM). Program ini diwujudkan untuk membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran dengan melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang diploma kemahiran dan pada masa sama meneruskan pengajian hafazan sepanjang pengajian.


Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Program TVET Tahfiz MARA termasuk syarat kemasukan dan bidang pengajian:


Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian yang ditetapkan adalah selama 3 tahun 3 bulan iaitu:

◾3 bulan: Program Bridging

◾3 tahun: Program Perdana dan Tahfiz


Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

✅ Diploma Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara (IKM Besut)

✅ Diploma Kompetensi Kimpalan (IKM Lumut)

✅ Diploma Teknologi Automotif Komersial (IKM Jasin)


Syarat Kemasukan Program TVET Tahfiz MARA 2024

Antara syarat kemasukan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

1. Berumur 17 tahun sehingga 45 tahun.

2. Pemohon berminat dalam bidang teknikal.

3. Pemohon sihat tubuh badan.

4. Pemohon menghafal sekurang-kurangnya 10 juzuk.


Cara Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di https://bit.ly/TVETtahfizmara.

2. Isikan maklumat permohonan yang diperlukan dengan lengkap.

3. Klik pada butang "Submit" untuk menghantar borang permohonan.

Permohonan Program TVET Tahfiz MARA 2024 Online


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Program TVET Tahfiz MARA, sila hubungi di:

IKM Besut: 016-4306825 (Ustaz Norhesham)

IKM Lumut: 013-7836413 (Ustaz Faris Zufairy)

IKM Jasin: 017-2639154 (Ustaz Azlin)

Semoga perkongsian Permohonan Program TVET Tahfiz MARA tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.