Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor 2024 Online
Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor 2024 Online|BILAKAH tarikh permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda pemohon yang lahir & menetap di Johor yang berkelayakan membuat permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor Sesi 3 Tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor 2024 boleh dibuat secara online mulai 6 September 2024 sehingga 31 Oktober 2024 menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ). Berikut dikongsikan Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) telah membuka permohonan bagi anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerusi Skim Bantuan Pendaftaran Sesi 3 2024. Skim Bantuan Pendaftaran Ke IPT ini ditawarkan kepada anak Negeri Johor yang akan melanjutkan pengajian di peringkat IPTA, Kolej YPJ, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Johor dan Matrikulasi.
Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor 2024 Online
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor termasuk syarat kelayakan dan jumlah bayaran:
Jumlah Bantuan
- Jumlah bantuan yang akan diterima menerusi skim bantuan ini adalah sebanyak RM500 secara "one-off".
Syarat Kelayakan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor 2024
Antara syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Pemohon lahir ATAU menetap di Negeri Johor;
2. Permohonan terbuka Semester Pertama program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KPYPJ bermula Januari 2024 – Disember 2024;
3. Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya 1 Tahun atau lebih;
4. Pemohon TIDAK MENERIMA mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran SEKALI SAHAJA mengikut sesuatu tahap pengajian;
6. TIADA had pendapatan Ibu Bapa / Penjaga;
7. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.
Dokumen Wajib Yang Diperlukan
Dokumen wajib yang perlu disediakan oleh pemohon adalah seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-Kolej Komuniti & Kolej-Kolej di bawah KPYPJ (Terima Tawaran Kemasukan dari Januari 2024-Disember 2024)
Cara Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor 2024
1. Layari laman web YPJ secara online menerusi pautan di https://bantuan-ypj.com/.
2. Klik pada butang "Daftar".
3. Kemudian, isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Daftar.’
4. Log masuk semula dengan memasukkan ID dan Kata Laluan yang disahkan.
5. Sila muat naik dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor, sila layari laman web YPJ di https://portal.ypj.gov.my.
Semoga perkongsian Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Negeri Johor Tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
Post a Comment