Permohonan UPTM Sesi Disember 2024 Online (Universiti Poly-Tech Malaysia)

Permohonan UPTM Sesi Disember 2024 Online (Universiti Poly-Tech Malaysia)|BILAKAH tarikh pengambilan kemasukan ke UPTM ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM & Diploma yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) ambilan Disember tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan UPTM Sesi Disember 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Portal Rasmi UPTM. Berikut dikongsikan Permohonan UPTM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan UPTM Sesi Disember 2024 Online (Universiti Poly-Tech Malaysia)

Sedia maklum, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) Kuala Lumpur yang sebelum ini dikenali sebagai KUPTM merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di ibu negara Malaysia. Kini UPTM menawarkan program akademik dari peringkat asasi hingga peringkat Doktor Falsafah dan menawarkan 28 program akademik iaitu dua program Ijazah Doktor Falsafah, lima program Ijazah Sarjana, 12 program Ijazah Sarjana Muda, dua program perakaunan profesional, empat program Diploma dan tiga program asasi.


Permohonan UPTM Sesi Disember 2024 Online (Universiti Poly-Tech Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan UPTM termasuk syarat kemasukan dan senarai program yang ditawarkan:

Syarat Kemasukan UPTM Ambilan 2024

Antara Syarat Kemasukan UPTM adalah seperti berikut:

✅ STPM: MINIMUM Gred C dalam mana mana dua (2) mata pelajaran.
✅ STAM: Lulus dengan Gred minimum Jayyid.
✅ DIPLOMA: Diploma atau yang setara dengan nya dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.00
✅ Matrikulasi/Asasi dengan minimum PNGK 2.00

Kelebihan Pengajian Di UPTM

🔷 Penajaan Yuran Pengajian
🔷 Elaun Sara Hidup untuk sepanjang tempoh pengajian turut disediakan oleh MARA bagi yang layak
🔷 PTPTN turut disediakan untuk pelajar

Cara Permohonan UPTM 2024 Online (Ambilan Disember)

1. Layari ke Laman Web Rasmi UPTM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK LINK 👉 https://bit.ly/mohonuptm

2. Pastikan calon memasukkan Emel & No.Telefon yang aktif dan No. Kad Pengenalan yang sah. 

3. Pihak kami akan segera Whatsapp calon untuk khidmat konsultasi/bantuan dan dapatkan pengesahan keputusan akademik calon.

4. Calon yang BERJAYA akan menerima emel tawaran.

Info Penting:
*Keutamaan akan diberikan kepada calon berjaya mendapat TAWARAN dan SEGERA buat Bayaran Pengesahan Terima Tawaran dan Pendaftaran (first come, first served basis).
*Tawaran akan ditutup apabila KUOTA AMBILAN telah penuh dan calon boleh membuat Penukaran Program.
*Tawaran akan terbatal secara automatik sekiranya anda didapati tidak memenuhi syarat kelayakan program atau memasukkan maklumat keputusan akademik yang salah.
*Pastikan anda memasukkan Subjek & Gred yang betul.
*Permohonan ini dikhaskan kepada calon yang memohon PERTAMA KALI/BELUM PERNAH MEMOHON bagi program Ijazah di UPTM.

Permohonan UPTM Sesi Disember 2024 Online (Universiti Poly-Tech Malaysia)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPTM, sila hubungi di talian 03-9206 9700 atau emelkan kepada marketing@uptm.edu.my

Selamat membuat Permohonan UPTM tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPTM!

No comments

Powered by Blogger.