Semakan Keputusan Biasiswa ISMP 2024 Online

Semakan Keputusan Biasiswa ISMP 2024 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Biasiswa ISMP tahun 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat anda pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang ingin membuat semakan keputusan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) KPM ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, semakan keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 boleh dibuat secara online mulai 3 September 2024 (Hari Selasa), jam 3:00 petang menerusi Portal Rasmi ePenawaran KPM. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa ISMP 2024 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Biasiswa ISMP 2024 Online

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa semua pelajar yang berkelayakan, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA). Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.

Semakan Keputusan Biasiswa ISMP 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Semakan Keputusan Biasiswa ISMP beserta syarat kelayakan permohonan:

Syarat Kelayakan Biasiswa ISMP 2024

Antara Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa ISMP adalah seperti berikut:

- Calon mestilah Warganegara Malaysia;
- Umur calon tidak melebihi 25 tahun
- Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon
- Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan
- Dibuka kepada pelajar Universiti Awam sahaja

Semakan Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2024

1. Keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2024 boleh disemak mulai 3 September 2024 (Selasa), jam 3:00 petang.

2. Semakan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan di https://epenawaran.moe.gov.my/.

Semakan Keputusan Biasiswa ISMP 2024 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Biasiswa ISMP, sila layari https://epenawaran.moe.gov.my/ atau ikuti Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia: 03-8321 7113 / 7138 / 7151 / 7157 / 7159
E-mel: ismp.bt@moe.gov.my

Selamat membuat Semakan Keputusan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa ISMP!

No comments

Powered by Blogger.