Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online

Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online|BILAKAH tarikh semakan keputusan Biasiswa PIDN JPA tahun 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara semakan keputusan permohonan penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) JPA ambilan tahun 2024. Untuk makluman, semakan keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 10 September 2024 (Hari Selasa) jam 10:00 pagi hingga 22 September 2024 menerusi Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online

Sedia maklum, permohonan Penajaan PIDN adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) tahun 2024.

Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi semakan keputusan Biasiswa PIDN JPA beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024

◾Tarikh Semakan: 10 September 2024 (Hari Selasa) jam 10:00 pagi hingga 22 September 2024
◾Aplikasi Semakan: 

Syarat Kelayakan Biasiswa PIDN JPA 2024

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus
permohonan seperti berikut:

A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
(iii) Calon dan/atau Ibu dan/atau Bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(iv) Mempunyai kesihatan yang baik;
(v) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

B. Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-
kurangnya 3.00;atau
(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya 3.25 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan;
dan
(ii) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;

B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online

1. Semakan keputusan permohonan Biasiswa PIDN JPA 2024 akan diumumkan pada 10 September 2024 jam 10:00 pagi menerusi pautan di https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=IPT.

2. Kemudian, isikan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada "Log Masuk".

3. Keputusan penawaran PIDN JPA akan dipaparkan di screen anda.

Info Penting:
*Pelajar yang setuju terima tawaran dimohon untuk log masuk ke Sistem ePenawaran bagi tujuan penyelesaian dokumen perjanjian (ePROMISE) dalam tempoh tersebut.

Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA 2024 Online

Maklumat Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PIDN JPA, sila layari Portal Rasmi JPA di https://jpa.gov.my atau emelkan
ke pidn2024@jpa.gov.my atau hubungi di talian 03 - 8885 3297.

Selamat membuat Semakan Keputusan Biasiswa PIDN JPA tahun 2024! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Penajaan PIDN!

No comments

Powered by Blogger.