Semakan Keputusan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Semakan Keputusan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)|BILAKAH tarikh semakan keputusan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) tahun 2024 bakal diumumkan? Perhatian buat anda calon yang ingin membuat semakan keputusan tawaran Calon Guru PDPP ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, semakan keputusan Calon Guru PDPP 2024 boleh dibuat secara online mulai 25 September 2024 jam 3:00 petang menerusi Portal Rasmi MyPDPP. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Calon Guru PDPP 2024 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPGM, KPM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di semua Kampus Instititut Pendidikan Guru. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PDPP selama tiga semester atau satu tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.


Semakan Keputusan Calon Guru PDPP 2024 Online (Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Semakan Keputusan Calon Guru PDPP termasuk syarat kelayakan dan tarikh penting:


Info Penting Pengambilan Calon Guru PDPP 2024

◾Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
◾Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta diiktiraf oleh MQA
◾Mod Program: Sepenuh Masa
◾Tempoh Pengajian: 1 Tahun (3 Semester)


Syarat Kelayakan Calon Guru PDPP Tahun 2024

Antara Syarat Kelayakan Calon Guru PDPP adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia; 

2. Sihat tubuh badan; 

3. Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan 

4. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 30 September 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 September 1989. 

5. Memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu di peringkat SPM. 

6. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana universiti awam (UA) di Malaysia dalam bidang yang ditetapkan dan **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50; atau 

7. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari universiti swasta (US) di Malaysia dan luar negara dalam bidang yang ditetapkan serta **diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumululative Grade Point Average (CGPA) minimum 2.50;

8. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang memenuhi Kluster MataPelajaran (KMP) yang ditetapkan oleh KPM (sila rujuk KMP dalam permohonan online).

9. Calon yang memohon bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 dalam ujian penguasaan Bahasa Inggeris yang dijajarkan dengan Common European Framework for Languages (CEFR) seperti Malaysian University English Test (MUET), International English Language Testing System (IELTS), C2 Proficiency (CPE), Aptis Advanced, C1 Advanced (CAE), Aptis Remote, Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dan Linguaskills. 

10. Calon yang memohon bidang di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kecuali bidang bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan TESL perlu memiliki sekurang-kurangnya gred kepujian dalam bahasa Cina/bahasa Tamil di peringkat SPM.

11. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian). 

** Mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Cara Semakan Keputusan Calon Guru PDPP 2024 Online

1. Semakan keputusan Calon Guru PDPP boleh dibuat secara dalam talian dengan layari laman sesawang di https://mypdpp.moe.gov.my/pd/index.cfm

2. Log masuk akaun dengan menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan. Klik pada butang "Hantar".

3. Keputusan tawaran Calon Guru PDPP akan dipaparkan di screen anda.


Tarikh Penting Permohonan Calon Guru PDPP 2024

◾Paparan iklan di portal rasmi KPM: 13 – 19 Ogos 2024
◾Permohonan dalam talian dibuka dan makluman tarikh untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG): 13 – 19 Ogos 2024
◾Permohonan dalam talian ditutup: 19 Ogos 2024 (Jam 11.59 malam)
◾Pelaksanaan Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG) secara dalam talian: 14 – 16 dan 19 – 22 Ogos 2024
◾Semakan keputusan panggilan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 3 September 2024
◾Pelaksanaan Temu duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF): 9 – 12 September 2024
◾Semakan keputusan permohonan berjaya: 25 September 2024
◾Pendaftaran pelajar baharu ke IPG (Secara dalam talian): 9 Oktober 2024


Artikel Berkaitan:


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Calon Guru PDPP, sila hubungi di:

JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
Aras 2, Blok 2250
Jalan Usahawan 1
63000 CYBERJAYA

No Tel: 03-8312 6666/
03-8312 6720/ 6730/ 6768/ 6627/ 6758/ 6693/ 6733
No. Fax: 03-8312 6655
Laman Web: https://mypdpp.moe.gov.my/

Selamat membuat Semakan Keputusan Calon Guru PDPP Tahun 2024! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Calon Guru PDPP!

No comments

Powered by Blogger.