Senarai Laptop Murah & Terbaik Bawah RM2000 Untuk Students Malaysia (2024)
Senarai Laptop Murah & Terbaik Bawah RM2000 Untuk Students Malaysia (2024)|ANDA ingin mendapatkan laptop yang berharga dibawah "RM2000"? Apakah laptop murah bawah RM2000 yang berbaloi untuk anda beli pada tahun 2024 ini? Sedia maklum, semester baharu kemasukan universiti di Malaysia dahpun bermula. Para siswa dan siswazah semua sedang cari laptop bajet? Bajet RM2,000? Berikut dikongsikan Senarai Laptop Murah & Terbaik Bawah RM2000 Untuk Students Malaysia (2024) buat rujukan anda.
Pada sekitar harga ini, anda boleh dapatkan laptop yang sesuai untuk kerja-kerja di universiti seperti tugasan menaip, buat presentation, kertas kajian, pelayaran internet dan sebagainya. Anda diingatkan sebelum membuat pembelian sebuah laptop, kenali terma-terma penting dalam dunia laptop seperti Graphics Card, CPU Processor, Motherboard dan Random-Access Memory (RAM). Seterusnya, apakah tujuan korang dalam memiliki laptop? Adakah korang seorang pelajar yang ingin siapkan assignment atau bermain game?
Senarai Laptop Murah & Terbaik Bawah RM2000 Untuk Students Malaysia (2024)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Senarai Laptop Murah & Terbaik Bawah RM2000 Untuk Students Malaysia Tahun 2024 termasuk kelebihan dan spesifikasi model:
8 Laptop Murah Bawah RM2000 Di Malaysia Tahun 2024
1. HP 15-FC0105AU
Laptop murah dibawah RM2000 yang anda boleh pilih adalah HP 15-FC0105AU. Model laptop ini cukup sesuai untuk tugas harian dengan keupayaan pemproses AMD Athlon™ Silver 7120U yang mencukupi untuk tugasan seperti penulisan, penyelidikan dan melayari internet.
Mempunyai paparan 15 inci memberikan ruang yang luas untuk multitasking dengan antaramuka yang mesra pengguna melalui Windows 11.
Antara kelebihan utama laptop ini adalah keseimbangan antara prestasi dan harga yang berpatutan seterusnya menjadikannya pilihan yang amat sesuai untuk students dan pekerja yang memerlukan laptop.
Spesifikasi Model:
OS: Windows 11 Home
Grafik: AMD Radeon™ Graphics
RAM: 8 GB LPDDR5-5500 MHz RAM
CPU: AMD Athlon™ Silver 7120U
Storage: 512 GB PCIe® NVMe™ M.2 SSD
Skrin: 15.6"
Berat: 1.59 kg
INFO LANJUT KLIK 👉 https://invl.io/cllmxpr
2. Acer Aspire Lite 14
Acer Aspire Lite 14 adalah laptop murah yang berharga dibawah RM2000 yang menawarkan keseimbangan antara prestasi dan harga yang berpatutan. Dilengkapi dengan pemproses Intel Core i3 dan grafik kad Intel® UHD Graphics yang sangat sesuai untuk tugasan harian seperti pengurusan emel, penyelidikan, penulisan dan kerja pejabat.
Dengan didatangkan skrin bersaiz 14 inci yang terang dan rekaan ringan memudahkan pengguna membawa laptop ini ke mana-mana ruangan tempat.
Spesifikasi Model:
OS: Windows 11 Home
Grafik: Intel® UHD Graphics
RAM: 8GB DDR5 RAM
CPU: Intel® Core™ i3-N300
Storage: 512GB PCIe NVMe Gen4 SSD
Skrin: 14”
Berat: 1.35 kg
INFO LANJUT KLIK 👉 https://invl.io/cllmxqu
3. Xiaomi RedmiBook 15
Xiaomi RedmiBook 15 juga adalah pilihan laptop murah dibawah RM2000 dengan prestasi yang cukup baik untuk tugasan harian anda. Ia didatangkan dengan pemproses Intel Core i3 atau i5, laptop ini menawarkan prestasi yang mencukupi untuk tugasan seperti penulisan, kerja pejabat dan pelayaran internet.
Keunikan laptop ini terletak pada reka bentuk minimalis dan harga yang sangat berpatutan, menjadikannya pilihan ideal bagi pelajar yang mencari laptop bajet dengan kualiti binaan yang baik.
Spesifikasi Model:
OS: Windows 11 Home
Grafik: Intel® Iris® UHD Graphics
RAM: 8 GB DDR4 3200MHz
CPU: Intel® Core™ i3-1115G4
Storage: 256 GB SSD
Skrin: 15.6”
Berat: 1.8 kg
INFO LANJUT KLIK 👉 https://invl.io/cllmxrw
4. Honor Magicbook 14
Honor Magicbook 14 adalah laptop yang didatangkan dengan reka bentuk yang sangat ringan dan kompak selain prestasi yang mantap.
Dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen 5 atau 7, ia menawarkan keupayaan yang mantap untuk penghasilan video, penulisan dan pelayaran video.
Reka bentuknya yang ringan juga memudahkan pekerja yang sering bergerak. Keunikan laptop ini terletak pada prestasi yang baik dalam kategori harga berpatutan, menjadikannya pilihan yang bijak untuk pengguna yang mempunyai bajet terhad.
Spesifikasi Model:
OS: Windows 11 Home
Grafik: AMD Radeon™ Graphics
RAM: 8 GB DDR4 3200 RM
CPU: AMD Ryzen™ 5 5500U
Storage: 512 GB SSD
Skrin: 14”
Berat: 1.54 kg
INFO LANJUT KLIK 👉 https://invl.io/cllmxsi
5. Asus VivoBook Go
Asus Vivobook Go juga adalah laptop yang berharga dibawah RM2000 dimana menawarkan keseimbangan antara prestasi dan harga yang berpatutan.
Ia dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen™ 3 7320U dan grafik kad AMD Radeon™ Graphics yang sangat sesuai untuk multitasking anda seperti melayari internet, penulisan dan kerja pejabat.
Dengan skrin 15.6 inci yang terang dan rekaan ringan memudahkan pengguna membawa laptop ini ke mana-mana tempat.
Spesifikasi Model:
OS: Windows 11 Home
Grafik: AMD Radeon™ Graphics
RAM: 8 GB DDR4 3200 RM
CPU: AMD Ryzen™ 3 7320U Mobile Processor/ AMD Ryzen™ 5 7520U Mobile Processor
Storage: 512 GB M.2 NVMe™ PCIe® 3.0 SSD
Skrin: 15.6"
Berat: 1.54 kg
INFO LANJUT KLIK 👉 https://invl.io/cllp02t
6. Acer Aspire 3
Acer Aspire 3 juga adalah pilihan laptop murah dibawah harga RM2000 dengan prestasi yang cukup baik untuk tugasan harian anda.
Ia didatangkan dengan pemproses AMD Ryzen 5 7520 yang menawarkan prestasi yang mencukupi untuk tugasan harian anda seperti penulisan, kerja pejabat dan pelayaran internet.
Keunikan laptop murah bawah RM2000 ini terletak pada reka bentuk yang kompak dan ringan, serta hayat bateri yang panjang, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk anda yang mementingkan portability.
Spesifikasi Model:
OS: Windows 11 Home
Grafik: AMD Radeon™ Graphics
RAM: 8GB LPDDR5 Onboard Ram
CPU: AMD Ryzen 5 7520U Processor
Storage: 512 GB NVMe™ PCIe® 3.0 SSD
Skrin: 15.6"
Berat: 1.78 kg
INFO LANJUT KLIK 👉 https://invl.io/cllp03r
7. Dell Inspiron 15
Dell Inspiron 15 merupakan laptop murah yang berharga dibawah RM2000 yang menawarkan keseimbangan antara prestasi dan harga yang amat berpatutan. Ia dilengkapi dengan pemproses Intel Core i3 yang sangat sesuai untuk tugasan harian seperti pengurusan emel, penyelidikan, penulisan dan sebagainya.
Dengan skrin 15.6 inci yang cerah dan juga rekaan ringan memudahkan pengguna membawa laptop ini ke mana-mana tempat.
Inspiron 15 juga terkenal dengan ketahanan dan sokongan teknikal Dell yang baik, menjadikannya pilihan yang kukuh untuk anda yang mencari laptop yang boleh digunakan dalam jangka masa panjang.
Spesifikasi Model:
OS: Windows 11 Home
Grafik: AMD Radeon™ Graphics
RAM: 8GB DDR4, 2666MHz
CPU: Intel Core i3-1215U Processor
Storage: 512GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive
Skrin: 15.6"
Berat: 1.85 kg
INFO LANJUT KLIK 👉 https://invl.io/cllp04p
8. HP Notebook 17
Laptop murah dibawah RM2000 yang anda boleh pilih adalah HP Notebook 17. Model laptop ini cukup sesuai untuk tugas harian dengan keupayaan pemproses 11Th Gen Intel(R) Core(TM) i7-1165G7 yang mencukupi untuk tugasan seperti penulisan, penyelidikan dan melayari internet.
Mempunyai paparan 17.3 inci memberikan ruang yang luas untuk multitasking dengan antaramuka yang mesra pengguna melalui "Windows 11 Pro".
Antara kelebihan utama laptop ini adalah keseimbangan antara prestasi dan harga yang sangat berpatutan untuk kegunaan setiap students.
Spesifikasi Model:
OS: Windows 11 Pro
Grafik: Intel(R) Iris(R) Xe 8GB Shared GPU
RAM: 16GB DDR4
CPU: 11Th Gen Intel(R) Core(TM) i7-1165G7 2.80 GHz
Storage: 256GB SSD
Skrin: 17.3"
Berat: 2 kg
INFO LANJUT KLIK 👉 https://invl.io/cllp05a
Semoga perkongsian Senarai Laptop Murah & Terbaik Bawah RM2000 Untuk Students Malaysia (2024) ini dijadikan rujukan buat anda semua!
bang kenapa baru keluar artikel ni kalau artikel ni lebih awal sikit boleh lah saya score untk kerja ICT saya
ReplyDelete