Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024 Online

Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda pelajar di Negeri Sembilan yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024 boleh dibuat secara online mulai 1 Oktober 2024 hingga 31 Disember 2024 menerusi Portal Rasmi MAINS.

Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024 Online

Sedia maklum, Bantuan am ini merupakan bantuan awal kemasukan ke pusat pengajian untuk pelajar yang menerima tawaran di lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi sesi kemasukan 2024/2025. Bantuan ini ditawarkan kepada mereka yang berada dalam kategori asnaf Fisabilillah yang mendapat tawaran ke IPT. Tujuan utama bantuan am ini diwujudkan adalah untuk membantu mereka yang tergolong dalam kategori asnaf ini untuk meneruskan pengajian mereka di IPT menerusi bantuan pembiayaan yang disalurkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan termasuk syarat kelayakan dan semakan keputusan:


Syarat Kelayakan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024

Syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

1. Mestilah beragama Islam.

2. Warganegara Malaysia.

3. Telah bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan sehingga kini.

4. Permohonan bagi awal kemasukan sahaja (lampirkan surat tawaran semasa).

5. Bantuan bagi pengajian sepenuh masa sahaja.

6. Semua peringkat pengajian (Sijil, Diploma, ljazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah).

7. Bantuan ini tidak termasuk bagi peringkat pengajian berikut:

– Tingkatan 6

– Diploma Perguruan/Diploma Pascasiswazah Pendidikan dan yang setara dengannya


Cara Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan di www.mains.gov.my/agihan/ atau imbas kod QR seperti di lampirkan di surat tawaran.

2. Klik pada "Klik Di Sini". Daftar masuk sistem pada ‘Daftar Baru.’

3. Nama penuh seperti yang dinyatakan dalam MyKad Permohonan yang dibuat adalah berdasarkan nombor kad pengenalan yang didaftarkan sahaja.

4. Kemudian, masukkan no. telefon dan alamat emel yang aktif dan digunakan

5. Masukkan Kata Laluan anda dan klik "Sign Up".

6. Masukkan No Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang disahkan dan kemudian klik login.

7. Lengkapkan maklumat borang permohonan dan hantar.

Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024 Online

Semakan Keputusan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024

*Akan dikemaskini


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Bantuan Am Pelajaran IPT, sila hantarkan e-mel ke alamat unitpendidikan@mains.gov.my.

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT Negeri Sembilan 2024 Online ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.