Permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024 Online (Semakan Keputusan)
Permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024 bakal dibuka? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan tahun 2024 bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman anda, permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 2 hingga 16 Oktober 2024 menerusi Portal Rasmi Yayasan WP. Berikut dikongsikan Permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024 Online buat rujukan anda.
Sedia maklum, Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan bantuan kewangan yang diberikan setahun sekali kepada pelajar-pelajar IPTA yang datang dari keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan. Dengan adanya dermasiswa ini, ia dapat membantu pelajar-pelajar IPTA yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah untuk meneruskan pengajian mereka. Permohonan dermasiswa ini dibuka kepada mereka yang menyambung pengajian di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024 Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan termasuk syarat kelayakan, dokumen penting dan semakan keputusan:
Syarat Kelayakan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024
Antara Syarat Kelayakan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan adalah seperti berikut:
A. SYARAT UMUM
Pemohon merupakan pelajar IPTA peringkat Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda.
Pemohon adalah warganegara Malaysia yang menetap di Wilayah Persekutuan (KL/Putrajaya/Labuan).
Pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan (pendapatan seisi rumah dibahagikan dengan bilangan tanggungan).
Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
B. SYARAT AKADEMIK
Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM.
Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.30 dan lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan STPM/Matrikulasi/Asasi/Pra-Universiti/Foundation atau Diploma.
Cara Permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan 2024
1. Layari Laman Web Yayasan Wilayah Persekutuan secara online menerusi pautan di www.yayasanwp.org/muat-turun.
2. Kemudian, klik pada butang ‘Borang Dermasiswa Yayasan WP.’
3. Muat turun borang permohonan tersebut dan isikan maklumat borang tersebut dengan lengkap.
4. Pastikan anda sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar borang tersebut ke alamat berikut:
YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
NO. 134, WISMA YWP,
JALAN RAJA ABDULLAH
KAMPUNG BARU 50300 KUALA LUMPUR
Dokumen Yang Diperlukan
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk dihantar adalah seperti berikut:
- Gambar pemohon berukuran passport
- Salinan surat Beranak
- Salinan kad pengenalan pemohon dan ibubapa / penjaga
- Salinan penyata gaji / slip pencen terbaru ibubapa / penjaga serta surat akuan bersumpah bagi mereka yang bekerja sendiri / tidak bekerja
- Salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA
- Salinan keputusan / transkrip peperiksaan : SPM, Sijil, STPM, Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda
- Salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A atau Pemimpin Masyarakat setempat
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan, sila hubungi di:
No. Tel: +603 2698 3073 / 2073
No. Faks: +603 2698 3075
WhatsApp: +6019-3483073
E-mel: info@yayasanwp.org.my
Web: www.yayasanwp.org.my
Selamat membuat Permohonan Dermasiswa Yayasan Wilayah Persekutuan tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Dermasiswa Yayasan WP!
Post a Comment