Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan Lepasan STPM/STAM 2024 Online (STEP)

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan Lepasan STPM/STAM 2024 Online (STEP)|BILAKAH tarikh permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Lepasan STPM/STAM (STEP) tahun 2024 bakal dibuka? Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al Azhar, Mesir dan universiti terpilih di Jordan menerusi STPM/STAM Excellence Programme (STEP). Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan (STEP) 2024 boleh dibuat secara online mulai 7 hingga 16 Oktober 2024 menerusi Portal Rasmi MARA.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan Lepasan STPM/STAM 2024 Online (STEP)

Sedia maklum, STEP merupakan program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM dan STAM yang telah memulakan atau sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa IPT terpilih di dalam negara mengikut bidang tertentu. Program ini diwujudkan bertujuan untuk melahirkan bakal pemimpin negara dan meningkatkan bilangan tenaga kerja yang lebih kompetitif dan memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.


Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan Lepasan STPM/STAM 2024 Online (STEP)

Berikut dikongsikan makluman berkaitan permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan STEP termasuk syarat kelayakan, tempoh pinjaman dan semakan keputusan:


Tempoh Pinjaman STEP

- Tawaran pinjaman pelajaran akan bermula dari semester semasa iaitu ketika permohonan dikemukakan dan berdasarkan tempoh tamat pengajian sebenar tertakluk kepada syarat tawaran yang ditetapkan.


Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan 2024

Antara Syarat Kelayakan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir dan Jordan adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.

2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2024 adalah minimum 17 tahun dan tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

3. Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh MARA.

4. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosioekonomi (SES) keluarga seperti berikut:

– Yuran & Elaun-elaun lain: RM12,000 dan ke bawah (pendapatan bulanan) dan RM150,000 dan ke bawah (pendapatan bercukai tahunan)

– Yuran sahaja: RM12,001 hingga RM20,000 (pendapatan bulanan) dan RM150,001 hingga RM250,000 (pendapatan bercukai tahunan).

5. Tidak menerima tajaan/bantuan kewangan daripada mana-mana penaja/agensi lain bagi peringkat pengajian yang sama.

6. Penjamin adalah warganegara Malaysia yang tidak diisytihar muflis

7. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Penjamin/Pasangan tidak termasuk dalam senarai hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.

8. Pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon mempunyai kesihatan yang baik iaitu bebas dari sebarang penyakit kronik untuk melanjutkan pengajian.

9. Pemohon mendapat pelepasan/ penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi pemohon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.

10. Pemohon tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana badan penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undangundang negara dan tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pendidikan atas masalah akademik/disiplin.

B. Syarat Khusus

1. Permohonan dibuka kepada pelajar baharu atau pelajar sedia ada di Institusi Pendidikan MARA (IPMA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Government Link University (GLU) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) laluan alternatif.

2. Permohonan di IPTA laluan perdana dibuka kepada pelajar sedia ada sahaja. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), hanya terbuka kepada pelajar selain pegawai kadet.

3. Memenuhi syarat kelayakan akademik seperti berikut:

i) Pelajar Baharu

– STPM (calon peperiksaan tahun 2020 – 2022): Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA > 3.00.

– STAM (calon peperiksaan tahun 2020 – 2022): Mendapat sekurang-kurangnya kelulusan Jayyid (Baik).

– Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun (12 bulan) dari tarikh permohonan dibuat tidak termasuk semester terkini/semasa.

ii) Pelajar Sedia Ada

– Bidang selain perubatan dan pergigian: Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu/terkini.

– Bidang perubatan dan pergigian: Memperolehi keputusan lulus bagi semester terdahulu/terkini.

– Sedang mengikuti pengajian serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang daripada 1 tahun (12 bulan) dari tarikh permohonan dibuat tidak termasuk semester terkini/semasa.

iii) Syarat Akademik Lain

– SPM: Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus dalam subjek Sejarah.

– Syarat-syarat lain yang telah ditetapkan.

4. Pemohon sedang mengikuti pengajian di IPT tidak termasuk yang sedang menangguh pengajian atau digantung pengajian atas pelbagai sebab.

5. Pemohon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPT tidak termasuk program pengajian secara separuh masa, jarak jauh dan dalam talian.

6. Kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian, farmasi lain mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional berkaitan.

7. Kursus yang diikuti telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau mendapat pengiktirafan BadanBadan Profesional yang berkaitan seperti Majlis Peguam, Malaysian Medical Council (MMC), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Board of Engineers Malaysia (BEM) dan sebagainya.

8. Pemohon yang telah memiliki kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang sama dengan permohonan ini tidak akan dipertimbangkan.


Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan (STEP) 2024

1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi pautan di https://educationloan.mara.gov.my bermula 7 Oktober 2024 (Isnin) hingga 16 Oktober 2024 (Rabu).

2. Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir & Jordan Lepasan STPM/STAM 2024 Online (STEP)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan STEP 2024, boleh dibuat melalui email dari pukul 09.00 pagi hingga pukul 04.30 petang (Isnin-Jumaat) seperti berikut:

◾Mengenai program, sila email ke step@mara.gov.my

◾Mengenai masalah teknikal semasa permohonan, sila e-mel ke ictbpp@mara.gov.my

Semoga perkongsian Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Mesir dan Jordan STEP tahun 2024 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.